Sunday, September 18, 2011

“Enjoy Berlakon Filem Raya Tak Jadi” – Syafiqa Melvin, Bekas Juara Gadis Melayu 2

Mungkin ramai yang berasa asing apabila mendengar nama Syafiqa Amirol Melvin, 22. Namun, keistimewaan gadis kacukan Melayu Jepun ini tidak wajar dipandang enteng apabila pernah dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu edisi ke-2. Pernah diberi kepercayaan sebagai hos rancangan Bersamamu TV3 selama 2 musim, kini graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mengorak langkah dalam bidang lakonan untuk filem berjudul Raya Tak Jadi yang telah mula ditayangkan pada 15 September 2011.

“Enjoy berlakon dalam filem Raya Tak Jadi, lagi-lagi apabila berpeluang berlakon dengan nama besar seperti Saiful Apek & Johan Raja Lawak,” ujar Syafiqa memulakan sesi temubual.

“Dalam filem Raya Tak Jadi, saya memegang watak sebagai Mas iaitu adik kepada Shuib (Saiful Apek) & Bob (Johan Raja Lawak). Karakter yang saya pegang tidak terlalu berat, amat sesuai dengan jiwa saya. Mas merupakan seorang gadis kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi. Duduk di kampung untuk menjaga mak, pendek kata memang anak mak,” kata Syafiqa yang ditemui semasa tayangan media filem Raya Tak Jadi, di The Curve, Damansara, minggu lepas.

“Sebelum ini saya aktif bergiat dengan teater. Malah, saya akan memegang watak sebagai gadis Belanda dalam teater terbaru berjudul Peminangan karya Anton Chen Chov dalam masa terdekat.

“Apabila diberi peluang untuk berlakon filem, memang saya tak tolak. Saya banyak belajar daripada Saiful Apek & Johan seperti keaslian lakonan, body language dan tengok cara mereka sesuaikan diri dengan skrip. Walaupun hanya mempunyai 11 babak dalam filem ini, saya rasa ini satu batu loncatan buat saya untuk lebih serius dalam bidang lakonan,” jelas Syafiqa kepada OHBULAN!

Syafiqa turut memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia akan berlakon dalam drama berjudul Khilaf.
Syafiqa MelvinSyafiqa MelvinSyafiqa MelvinSyafiqa Melvin


Link to full article

No comments:

Post a Comment