Sunday, September 18, 2011

“50% Of The Crowd Can’t Speak English” – Respon Nelly Terhadap Rakyat Malaysia.

Apakah perasaan anda apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa mengeluarkan kata-kata yang seakan memandang rendah akan kemampuan rakyat Malaysia bertutur bahasa Inggeris? Malu atau bangga?

Sebaik sahaja tamat Konsert Suara Kami yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lalu, Nelly yang dibawa khas oleh pihak penganjur telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak mengenai rakyat Malaysia. Bukan apa, kenyataan berunsur sinis itu turut dibaca oleh peminatnya yang berjumlah 1.7 juta followers. Sedikit sebanyak, ia memberi impak kepada orang luar yang mungkin mempunyai pandangan yang berlainan mengenai tahap bahasa orang Malaysia.

Atas komen yang dianggap kurang sensitif, ramai peminat Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nelly. Salah seorang pemilik akaun @Patrick_Khoo memberikan respon terhadap tweet Nelly dengan berkata, “F**k u n***a. 90% of msian speaks english ok. Just u mixing with the wrong crowd.”

Bagaimana pun, @adyfahrizal memaklumkan kepada Nelly bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua rakyat Malaysia. Sebaik sahaja menerima nasihat sedemikian, Nelly dengan rendah diri meminta maaf kepada peminat atas kata-katanya itu.

Konsert Suara Kami yang ditayangkan secara langsung di Tv2, Astro Ria & Astro Hitz turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendekati generasi muda.

Walaupun situasi ini dianggap kecil, pihak penganjur sewajarnya memastikan tiada lagi insiden seperti ini berlaku di masa akan datang. Apa pun, syabas buat pihak terbabit yang berjaya menganjurkan konsert sebegini hebat.


Link to full article

No comments:

Post a Comment