Sunday, September 18, 2011

Monday Music : Shila Amzah Cover Lagu Alif Satar – “Lelaki Seperti Aku”, Sweet Sangat!

Terbaik dan comel! Itu yang boleh kami katakan apabila mendengar lagu “Lelaki Seperti Aku” nyanyian Alif Satar dinyanyikan semula oleh Shila Amzah. Umum tahu, Naib juara program realiti “One In A Million 2″ ini memang suka menyanyikan semula lagu-lagu yang popular dengan gayanya yang tersendiri.

Kami sendiri dapat rasakan bahawa Shila Amzah semakin matang untuk membawa lagu menjadi lebih menarik. Dan vokalnya memanglah sesuai untuk diketengahkan lagi. Jangan pula hanya kekal sebagai gadis youtube sahaja.

Kali ini, Shila telah melakukan sedikit pengubahan lirik. Lagu yang sepatutnya adalah lagu untuk lelaki telah ditukar kepada lagu untuk gadis pula. Dengan sedikit rentak yang rancak, kami sendiri terpikat dengan kemerduan suara Shila ini. Layankan video “Lelaki Seperti Aku” aka Gadis Seperti Aku selepas ini!

Pastikan kamu mendengar dengan jelas pada minit 2.16, itu penggubahan yang sangatlah memukau telinga kami!

Seterusnya lagu asal nyanyian Alif Satar.


Link to full article

No comments:

Post a Comment