Kami masih ingat satu ketika dulu, ketika zaman “Ouh baby baby, I did it again!”. Pasti ramai yang masih ingat kan? Tipulah kalau anda tidak pernah dengar lagu ini dicorong radio.
Britney Spears kembali dengan lebih mantap dan hebat. Setelah kejatuhannya sebelum ini secara tiba-tiba, dia kini mendaki semula mahkota yang pernah dulu dikecapinya. Pelancaran jelajah eropah pada 16 September lepas membuktikan Britney Spears, 29, masih mampu untuk menghiburkan peminatnya di seluruh dunia.
Penyanyi muda yang pernah menimbulkan banyak kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini akan memulakan siri penjelajahannya bermula dari St. Petersbug, Russia pada 22 September dan berakhir di Lisbon, Portugal pada 9 November.
Apa-apa pun, layankan lagu terbaru, “Criminal” dari Britney Spears selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment