Monday, September 19, 2011

“Saya Akan Pilih Siapa Teman Wanita Anak Saya” – Pamela Anderson.

Ibu mithali? Pamela Anderson, 44, berhasrat untuk memilih sendiri siapa yang layak untuk menjadi teman wanita kepada dua anak lelakinya hasil bersama bekas suami, Tommy Lee. Bekas pelakon filem “Baywatch” ini yang mempunyai 2 orang anak lelaki mengaku bahawa status jandanya menghadkan dirinya untuk mencari teman hidup baru.

Dia berkata, anak-anaknya terpengaruh dengan cara dia memilih lelaki sebagai teman hidupnya. Sebelum ini, Pamela Anderson pernah berkahwin dengan Kid Rock dan Rick Salomon dan kini dia adalah ibu tunggal. Dia lebih gemar jika anaknya berpacaran bersama wanita pilihannya.

Bertuah jika Pamela memilih yang cantik dan terbaik untuk anak lelakinya. Sesuailah kalau dipanggil ibu mithali selepas ini.


Link to full article

No comments:

Post a Comment