Monday, October 17, 2011

Elton John Live In Arena Of Stars Genting, November Ini!

Boom! Terkejut bila mendapat tahu bahawa Elton John akan ke Malaysia pada 22 November ini untuk membuat persembahan di Arena Of Stars, Genting. Sudah pasti ramai peminat-peminat setia tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan kehadiran penyanyi yang juga kawan baik kepada mendiang Puteri Diana ini.

Turut dikenali sebagai pemain piano, penulis lirik, penyanyi dan juga komposer, Elton John akan turut diiringi oleh Davey Johnstone, Nigel Olsson, Bob Birch, Kim Bullard dan John Mahon. Mereka semua adalah artis-artis berbakat yang sentiasa berada disisi Elton John.

Album terbaru dari Elton yang bertajuk “The Union” telah di-release pada bulan Oktober 2010 dan dirakam bersama idolanya iaitu Leon Russel.

Elton turut memberitahu, “Ketika saya baru bermula, dialah idola, mentor dan seseorang yang ingin saya contohi sebagai penulis lirik. Untuk hidup saya yang sudah tidak lama ini, saya ingin merakamkan sesuatu yang benar-benar saya inginkan.”

Setelah lebih 40 tahun dalam kerjaya ini, Elton telah memenangi 5 Anugerah Grammy dan telah menjual lebih 250 juta album di seluruh dunia dan meletakkan dirinya sebagai 10 selebriti paling laku dalam sejarah muzik.

Dia juga mempunyai yayasan AIDS sendiri dan telah mengutip lebih 220 juta dollar sejak tahun 1992 lagi.

Kepada peminat-peminat Elton John, anda bolehlah mendapatkan tiket persembahannya bermula hari ini di AirAsiaRedTix pada harga RM1380, RM1180, RM880, RM780, RM480, dan RM380.


Link to full article

No comments:

Post a Comment