Saturday, October 15, 2011

Whitney Houston Hampir Dihalau Keluar Dari Pesawat!

Whitney Houston, seorang penyanyi, bekas model, pelakon dan juga seorang produser telah dilaporkan hampir dihalau keluar dari sebuah kapal terbang yang akan berangkat ke Atlanta pada Rabu lepas.

Dikhabarkan, dia tidak mematuhi arahan dari krew penerbangan dan dengan sengaja tidak mahu memakai tali pinggang keselamatan apabila disuruh. Whitney yang mula menginjak ke industri hiburan seawal umur 14 tahun dikatakan berlagak diva walaupun telah diberitahu bahawa pesawat tidak dapat berlepas jika dia tidak mematuhi arahan.

Isu ini berlarutan sehinggalah beberapa orang krew penerbangan lain terpaksa datang dan memberitahu dia akan dikeluarkan dari pesawat atas sebab keselamatan.

Menyedarkan hal itu, akhirnya Whitney memakai juga tali pinggang keselamatan dan akur kepada perintah krew penerbangan.


Link to full article

No comments:

Post a Comment