Friday, October 7, 2011

“Dia Tak Jujur” – Aesar, Pengasas Max 24:7.

Sebuah akhbar tempatan ada melaporkan kontroversi yang dihadapi oleh Max 24:7 apabila salah seorang ahli kumpulan yang terdiri daripada 12 orang disingkirkan kerana masalah komitmen. Individu yang dimaksudkan ialah Alloi, atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari, 25.

Pengurus kumpulan Max 24:7, Aesar Mustafa menyifatkan pembuangan Alloi diputuskan atas persetujuan semua pihak pengurusan kerana mereka ingin berlaku adil terhadap 11 anggota kumpulan yang lain. Walaupun Aesar dituduh bersikap kuku besi, dia mempunyai alasan tersendiri yang akan dijelaskan selepas ini.

Menurut Aesar, pembuangan Alloi bukannya dibuat sewenang-wenangnya. Kesemuanya berpunca daripada sikap Alloi yang disifatkan oleh Aesar sebagai tidak jujur.

“Sebenarnya, Alloi ada memaklumkan kepada saya bahawa dia perlu menghadiri hari keluarga selama 2 hari di Kuala Kubu Baru. Kata Alloi kepada saya, bapanya sudah pun membayar segala perbelanjaan untuk majlis berkenaan. Secara kebetulan, hari-hari yang dimaksudkan bertembung dengan persembahan Max 24:7. Saya membenarkan Alloi hadir ke hari keluarga berkenaan.

“Tup tup, saya dapat tahu Alloi tidak pergi ke hari keluarga, tapi dia pergi ke acara anjuran Seniman bertempat di Sepang,” kata Aesar yang dihubungi OHBULAN! lewat petang semalam.

“Industri hiburan tempatan ni, pusing-pusing pun tetap jumpa orang yang sama. Ada pihak yang memaklumkan kehadirannya di sana kepada saya. Apabila pihak berkenaan bertanya sama ada Max 24:7 sudah berpecah atau tidak, saya pun tak tahu nak bagi alasan apa. Pada saya, Max 24:7 merupakan kumpulan baru dan sewajarnya Alloi faham akan kehadirannya di sana sebagai ahli kumpulan, bukan sebagai individu.

“Kalau hari ini dia boleh tipu saya, mungkin esok lusa perkara yang sama pun akan berlaku lagi. Lagipun, itu merupakan kejadian berulang kali kedua!” ujar Aesar lagi.

Aesar turut menyifatkan Alloi sebagai seorang yang sukar ditegur dan sering mewujudkan suasana tegang di kalangan ahli kumpulan.

“Sebelum ini pun, Alloi kerap mewujudkan suasana yang tegang di kalangan ahli kumpulan. Hubungan antara ahli kumpulan yang lain memang tak ‘ngam’. Tiada istilah bertumbuk ke apa, tapi saya takutlah nanti terjadi perkara yang tidak diingini kelak.”

Aesar menutup kenyataannya dengan berkata, “Saya banyak berikan peluang kepada dia, tapi dia tak menghargainya.”


Link to full article

No comments:

Post a Comment