Tuesday, October 11, 2011

DJ No.6 Dunia, Paul Van Dyk Turun Malaysia 22 Oktober Ini!

Cukup meriah, kami pasti ramai yang ternanti-nanti dengan kemunculan dj yang popular dengan lagu “For An Angel” ini. Paul Van Dyk, 39 atau Matthias Paul (nama sebenar) adalah satu-satunya dj yang kekal dalam top 10 ranking dj dunia semenjak tahun 1998 sehinggalah sekarang.

Kali ini, Xplay dibawah Xpax bekerjasama dengan Future Sound Asia untuk membawa Paul Van Dyk turun ke Malaysia pada 22hb Oktober ini bertempat di Helipad, Sepang International Circuit (SIC) dan akan bermula pada jam 7 malam. Kali kedua turun ke Malaysia tahun ini, Paul Van Dyk juga akan melancarkan album terbarunya berjudul, “Evolution”.

Acara yang bernama Xplay Future Sound System ini akan turut dibarisi oleh seorang lagi dj yang sedang mencipta nama dengan lagu-lagunya yang memikat halwa telinga, Giussepe Ottaviani, seorang produser muzik dari Itali. Tidak dilupakan, bakat-bakat besar dari Malaysia juga akan membuat persembahan di acara ini antaranya, Terence C, Darkroom Tale (Ian Ross + Phil K Lee) dan juga penggerak muzik progresif trance di Malaysia, MisterAriffin.

Diuruskan oleh Future Sound Asia, acara ini bakal setaraf dengan acara-acara muzik lain seperti Speedzone, Green Room dan juga Thirst. Kepada peminat Electronic Dance Music (EDM) tempatan, anda boleh mendapatkan tiket ini pada harga RM55 sekeping untuk pre-sale manakala RM75 untuk door-sale. Manakala cabana boleh ditempah pada harga RM3300 untuk 20 orang.

Anda boleh dapatkan tiket ini di airasiaredtix.com sekarang!

Istimewa untuk pengguna Xpax, anda mahu dapatkan tiket percuma untuk acara ini? Caranya mudah sahaja, anda boleh pergi ke xpax.com.my dan ikuti arahan yang disediakan. Anda juga boleh melayari Facebook Xpax untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara ini.

Layankan lagu dari Sunday bertajuk Hurts (Paul Van Dyk Remix) selepas ini.


Link to full article

No comments:

Post a Comment