Wednesday, October 12, 2011

Foto: Rockaway 2011 Mengegarkan!

“Tugas kami selesai. Rockaway 2011 telah pun datang dan pergi. Festival ini antara yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh syarikat konsert tempatan dengan barisan-barisan artis tempatan dan antarabangsa. Kami tak sabar menanti Rockaway 2012,” kata Iqbal Ameer Pengarah Urusan Livescape Asia.

“Kami berasa bangga dengan kehadiran lebih 7,000 peminat-peminat rock yang datang memberi sokongan kepada band-band tempatan & antarabangsa. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tak terhingga kepada rakan kongsi kami Livescape Asia yang telah merelisasikan impian kami untuk menganjurkan festival rock terbesar di Malaysia. Kami tak sabar untuk Rockaway 2012,” kata Rahul Kukreja dari One Buck Short.

Persembahan pada hari tu dimulakan dengan persembahn dari kumpulan Hujan yang penuh bertenaga. Mereka menjadi pembuka tirai Rockaway 2011 kerana mereka perlu terbang ke Terengganu untuk membuat 1 lagi persembahan di sana. Ia diikuti dengan berapa-berapa band-band baharu sepert Busco,Tres Empre,Dichi Michi & Oh Chentaku.

Selepas itu persembahan yang mantap dan bertenga dari Love Me Butch, Deja Voodoo Spells,Kyoto Protocol,They Will Kill Us All dan Lo telah menggegarkan pentas Rockaway. Popular dengan lagu Dinda Kanda, Monoloque tidak ketinggalan membuat persembahan.

Kumpulan antarabangsa pertama iaitu Story Of The Year telah mengambil tempat mereka di pentas Rockaway pada waktu petang dengan persembahan yang penuh bertenaga dan “showmanship” yang membuat penonton terhiburdengan aksi “backflip” dan balingan gitar mereka ke udara.

Setelah berehat seketika untuk menghormati waktu Maghrib, kumpulan pop- punk All Time Low mengambil pentas untuk memulakan sessi waktu malam. Mereka menghiburkan penonton dengan lagu-lagu hit mereka seperti “I feel like dancing” dan “time bomb”.

Selepas itu kumpulan yang popular dengan lagu Marabahaya iaitu Pop Shuvit Feat Project E.A.R menggegarkan pentas. Dalam sebuah lagu mereka pada malam itu, penampilan istimewa oleh Man Bai turut menjadi tarikan persembahan Pop Shuvit.

rockaway 2011-0638rockaway 2011-0786rockaway 2011-0859rockaway 2011-0966rockaway 2011-1033rockaway 2011-1073rockaway 2011-1075rockaway 2011-1202rockaway 2011-1269rockaway 2011-1285rockaway 2011-1318rockaway 2011-1548rockaway 2011-1564rockaway 2011-1676rockaway 2011-1872rockaway 2011-1907rockaway 2011-1919
Link to full article

No comments:

Post a Comment