Tuesday, October 4, 2011

Jemputan Forum Belanjawan Alternatif 2012 – Malam Esok di Shah Alam

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Malaysia telah membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 di Parlimen sebentar tadi. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bagaimana Belanjawan Alternatif 2012 oleh Pakatan Rakyat akan membolehkan kenaikan gaji  bagi 1.3 juta penjawat awam, pelaksanaan gaji minima RM1,100 dan penambahan subsidi untuk semua rakyat Malaysia sebanyak RM22 billion bagi meringankan bebas kos sara hidup. Ini dapat dicapai melalui penjimatan perbelanjaan mengurus negara sehingga RM220 billion yang seterusnya mengurangkan defisit negara kepada 4.4 peratus. Pembaziran wang negara dapat dielakkan seperti memotong perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 billion dan penyemakan semula sistem perolehan kerajaan.

Susulan daripada itu, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan Forum Belanjawan Alternatif 2012 dan ingin menjemput saudara-saudari untuk hadir bagi kupasan lanjut mengenai Belanjawan Alternatif 2012.

Butiran Forum adalah seperti berikut:

Tarikh:               5 Oktober 2011 (Rabu)

Masa:               8.00 malam – 10.30 malam

Tempat:             Ballroom, Hotel Quality, Plaza Perangsang, 40000 Shah Alam, Selangor

Ahli Panel:        YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor                     

                        YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera

                        Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Orang ramai dijemput hadir. Mohon kerjasama sebarkan jemputan ini.


Link to full article

No comments:

Post a Comment