Tuesday, October 4, 2011

Kumpulan Kiss Ingin Berkolaborasi Bersama Lady Gaga!

Para peminat setia kumpulan hard-rock dari New York ini bolehlah mula bergembira kerana kumpulan Kiss yang pernah popular sekitar tahun 80-an ini ingin berkolaborasi bersama Lady Gaga!

Kumpulan ini diketuai oleh Paul Stanley, Gene Simmons (vocals & bass guitar), Ace Frehley (lead guitar & vocals), dan Peter Criss (drums, percussion & vocals). Mereka pernah popular dengan lagu seperti Heaven’s On Fire dan juga lagu Forever.

Idea untuk berkolaborasi bersama Lady Gaga dicetuskan oleh Paul Stanley kerana dia berpendapat Gaga mempunyai banyak persamaan dengan kumpulan Kiss. Seperti yang kita tahu, Gaga sentiasa tampil dengan gaya yang tersendiri dan unik tidak kurang juga pada kumpulan Kiss yang suatu masa dahulu popular dengan mekap yang pelik di wajah masing-masing.

“Bukan tak mungkin, dia memang hebat dan kami pasti akan berkolaborasi,” ujar Paul Stanley. Seperti Lady GaGa, Kiss juga adalah kumpulan yang mementingkan faktor hiburan. Jadi, gabungan antara dua lagenda ini bakal memukau setiap peminat mereka di seluruh dunia!

Layankan lagu Psycho Circus dari Kiss selepas ini!


Link to full article

No comments:

Post a Comment