Wednesday, October 5, 2011

Kumpulan Visual-Kei Dari Jepun, Exist Trace Akan Keluarkan CD Terbaru, “The Last Daybreak”!

Exist Trace (exist†trace) adalah kumpulan metal dari Jepun  yang terdiri dari Jyou, Naoto, Mally, Miko dan Omi. Apa yang menarik disini, kesemua ahli kumpulan Exist Trace adalah wanita!

Ditubuhkan pada tahun 2003, Exist Trace sudah mengeluarkan 5 single, 4 EP, dan album kompilasi. Pertama kali mereka muncul di peringkat antarabangsa adalah di Amerika, Sakura-Con 2011 di Seattle, Washington.

Pada para peminat visual-kei, kumpulan ini adalah satu pilihan yang baik untuk anda kerana mereka juga akan melancarkan album terbaru mereka, “The Last Daybreak” pada 19 Oktober ini. Album mereka akan dikeluarkan untuk dua edisi, iaitu edisi biasa dan edisi terhad yang mengandungi klip video dan persembahan secara langsung.

Kami tidak pasti samada album mereka akan dijual di Malaysia atau tidak, tapi kepada peminat tegar lagu-lagu metal dari Jepun, anda bolehlah membeli album ini secara online.

Layankan sedikit teaser dari lagu “Daybreak ~ 13 Tsuki no Shikisai”. Bayangkan kedua-dua gitaris wanita Exist Trace battle! Perghh


Link to full article

No comments:

Post a Comment