Sunday, October 2, 2011

Maulana Kini Sudah Berpunya?

Email kami dilayangkan pula dengan cerita mengenai bekas finalis Akademi Fantasia 8 iaitu Maulana. Menurut sumber, penyanyi ini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang gadis yang berasal daripada ibu kota Jakarta, Indonesia. Sumber itu turut menyatakan bahawa dia pernah ternampak kelibat Maulana bersama gadis itu di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Dakwaan sumber itu diperkuatkan lagi dengan sekeping gambar Maulana bersama gadis berkenaan. Pada pengamatan kami, gadis berkulit putih mulus ini mempunyai wajah yang bisa memukau mana-mana lelaki yang memandangnya. Jangan tunggu lama-lama Maulana, nanti orang lain pula yang RSVP si cantik ini.

Kata sumber lagi, gadis berusia 23 tahun ini telah dipertemukan dengan Maulana dalam sebuah majlis. Pendek kata, macam match-making session lah.

Orang kata, cinta tak mengenal sempadan. Sekalung tahniah buat Maulana, andai kata berita yang disampaikan ini adalah tepat.


Link to full article

No comments:

Post a Comment