“Cukuplah, sudah 17 tahun saya berkongsi cerita peribadi kepada orang ramai. Kali ini, biarlah saya simpan sahaja,” kata Nurul Wahab yang enggan menjawab pertanyaan wakil OHBULAN! ketika diusulkan mengenai spekulasi hubungan cintanya bersama seorang jejaka misteri daripada negara Perancis.
Spekulasi tersebut mula tersebar di sebuah laman gosip yang melaporkan kisah Nurul Wahab, 34 yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Perancis. Difahamkan, Nurul ada melawat Eropah sekitar pertengahan tahun 2011 atas urusan perniagaan dan nyanyian. Spekulasi ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Nurul mengenai single terbarunya yang masih belum diberi tajuk lagi.
“Saya akan mengeluarkan sebuah single yang masih belum berjudul tak lama lagi. Uniknya, single berkenaan akan mengabungkan 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris & Perancis.”
Bagaimanapun, Nurul tetap teguh dengan pendiriannya yang enggan memberikan sebarang komen mengenai hubungan cintanya walaupun diasak oleh wakil OHBULAN!.
“Saya tak nak kongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi melainkan ia berkaitan dengan kerjaya,” jelas Nurul Wahab yang ditemui di acara AMP Auction For Breast Cancer di Bukit Jalil, lewat tengah hari tadi.
Link to full article
No comments:
Post a Comment