Kalau anda rasa Muhammad Ali atau Hulk Hogan adalah cool, anda silap. Mulai 13 Oktober ini, Real Steel arahan pengarah filem “Date Night”, Shawn Levy bakal membakar adrenalin anda.
Dibarisi pelakon-pelakon seperti Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Kevin Durand, dan Olga Fonda, filem ini bakal meletup di pawagam dengan aksi dan jalan cerita yang menarik.
Filem ini mengisahkan tentang boxing pada masa hadapan di mana yang bermain boxing adalah robot dikawal sepenuhnya oleh manusia. Di Hollywood, filem yang telah ditayangkan pada 7 Oktober lepas ini telah mencatat kutipan sebanyak 27.3 juta Dollar sekaligus mengalahkan kutipan filem-filem lain yang ditayangkan pada masa yang sama.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini di panggung wayang terdekat. Layankan trailer Real Steel selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment