Pasti ramai yang masih belum mengenali gadis kecil molek ini kan? Wana, 25 atau nama sebenarnya Noriezuana Syed Shafudin yang juga pemenang MyStarz LG musim kedua telah melancarkan album terbarunya berjudul “Wana” di Restoran Fullhouse petang tadi.
Kali ini, album terbaru yang juga album ke-2 Wana dirakam berkonsepkan imej yang lebih matang dan sesuai didengari seluruh peringkat umur. Album yang dimuatkan dengan 5 buah lagu baru serta 3 buah lagu bonus yang dipetik daripada album pertama Wana berjudul “Siapa” ini lebih kepada rentak yang rancak dan berirama balada.
Antara lagu-lagu baru yang dimuatkan dalam album Wana ini ialah ‘Cinta Benar Cinta’, ‘Biar’, ‘Sedangkal Dulu’, ‘Pinjamkan Ku Waktu’ serta ‘Gila Bayang’. Yang pasti, komposer-komposer lagu baru Wana ini sememangnya terbaik dan turut dibarisi oleh Tam Spider, Edru KRU dan juga Audi Mok.
OHBULAN! sempat menemubual Wana petang tadi, ditanya jika dia berpuas hati dengan album ini,
“Saya amat berpuas hati untuk album baru saya kerana ia memenuhi citarasa dan ada identiti saya sendiri berbanding album sebelum ini. Saya juga diberi peluang untuk memilih sendiri komposer yang saya suka dan saya selesa bekerjasama dengan mereka.”
“Lagu yang paling sukar bagi saya adalah lagu bertajuk ‘Biar’, hampir 8 jam rakaman dilakukan tapi masih juga belum selesai.” tambah Wana apabila ditanya pengalaman sepanjang rakaman album ke-2 nya.
Wana yang masih hijau lagi dalam industri hiburan turut menyatakan harapannya pada album terbaru ini,
“Saya berharap, para peminat dan pendengar boleh memberikan sokongan pada saya.”
Kepada para peminat Wana diluar sana, dapatkan album terbaru Wana di pasaran sekarang dengan harga hanya RM21.90. Sokonglah industri muzik negara!
Layankan sebuah lagu dari album pertama Wana selepas ini, Gerhana Sebuah Percintaan.
Link to full article
No comments:
Post a Comment