Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai festival muzik Zoukout yang sudah masuk edisi ke-12 semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2000. Zoukout adalah festival tahunan Zouk Singapore dan telah ramai dj-dj yang bermain di acara penuh gemilang ini.
Zoukout edisi tahun 2010 juga pernah menampilkan bekas dj nombor satu dunia, Tiesto yang popular dengan lagu Elements Of Life dan baru-baru ini tampil dengan lagu terbarunya, Maximal Crazy.
Namun pada tahun ini ianya pasti akan menjadi lebih berbeza. Dj nombor satu dunia yang juga seorang produser dan dj trance ini bakal memeriahkan lagi festival Zoukout 2o11. Armin Van Buuren yang berumur 34 tahun mula mengkompos lagu sendiri seawal umur 14 tahun lagi.Graduan Leiden University ini juga bukanlah sekadar dj biasa, Armin turut memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan. Kali terakhir Armin dipanggil untuk membuat persembahan di Zoukout ialah pada edisi 2007 bersama Carl Cox dan Steve Aoki.
Sehingga kini, sudah 4 album telah dikeluarkan oleh Armin dan kebanyakan lagu-lagunya telah menjadi hits di seluruh dunia seperti Mirage dan Imagine. Armin juga selalu tampil dengan lagu-lagu baru yang lebih bertenaga dan berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi lain.
Zoukout 2011 bakal menampilkan dj-dj ternama seperti Avicii (Sweden), Bob Sinclar (Perancis) dan Karizma (US). Namun ini hanyalah teaser, masih ada ramai lagi dj yang akan turut memeriahkan lagi festival Zoukout kali ini. Festival muzik ini akan diadakan pada 10 Disember bertempat di Siloso Beach @Sentosa, Singapore bermula 6 petang sehingga 8 pagi.
Dapatkan tiket anda di kelab Zouk, Jalan Ampang, sekarang!
Layankan lagu dari Armin Van Buuren, “I Dont Own You” selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment