Monday, October 3, 2011

Eksklusif: Animasi “Tahniah Nabil & Zira”!

Selain dari cenderahati perkahwinan, Style Weddings (Like us!) juga terlibat dalam pembikinan animasi ‘Tahniah Nabil & Zira’. Animasi ini telah ditayangkan semasa majlis makan beradap sambil tetamu menjamu selera di ICITY semalam.

Idea dan jalan cerita asal adalah idea dari Nabil sendiri. Style Weddings bertanggungjawab untuk design karakter dan menganimasikan jalan cerita tersebut.

“Kami menjalankan beberapa kajian terperinci dengan mengambil gambar vespa dan helmet Nabil. Kami juga menonton semula beberapa klip lawak Nabil seperti watak spiderman dan lagu latar yang pernah digunakan oleh Nabil dalam Maharaja Lawak untuk mendapatkan sentimental value terhadap video animasi tersebut kepada Nabil,” kata Sinan, selaku Pengarah Urusan Style Weddings.

Style Weddings juga mengadakan satu pertandingan untuk sesiapa yang inginkan animasi seperti Nabil & Zira.

Sila post “Style Weddings! Saya patut menang animation seperti Nabil & Zira kerana… (tidak melebihi 20 patah perkataan)” di facebook fanpage Style Weddings atau di twitter @styleweddingsmy

Pertandingan ini akan berakhir pada 24 Oktober dan pemenangnya akan diumumkan pada 26 Oktober 2011. Selamat mencuba!


Link to full article

No comments:

Post a Comment