Monday, October 3, 2011

Tangan Kotor, David Beckham Tak Boleh Pegang Anak Sendiri!

Kelahiran anak ke-4 David Beckham & Posh baru-baru ini benar-benar memberikan impak yang besar pada keluarga mereka. Apakan tidak, Beckham sendiri tidak boleh memegang atau mengendong anaknya jika tangan belum dibersihkan!

Seperti kebanyakan adik-beradik, pasti akan ada perasaan cemburu jika lahirnya adik bongsu. Namun hal ini berlainan pada keluarga Beckham, mereka masing-masing mengambil berat pada Harper.

“Tidak ada yang iri hati. Mereka semua sayangkan adik mereka. Satu-satunya konflik yang terjadi di antara anak-anak dan saya hanyalah ketika kami berebut untuk mengendongnya.” ujar David Beckham.

Selain itu, kakak dan abang Harper juga amat menitikberatkan kebersihan adik kesayangan mereka ini. Kerana menurut mereka, Harper sangatlah sensitif dan mereka tidak akan membiarkan Harper disentuh oleh sebarangan orang jika belum membasuh tangan lagi.

“Anak-anak saya terlalu melindungi adik mereka. Habis ditanya semua orang yang datang kerumah, ‘Tangan sudah bersih atau belum? Tahu tak apa yang perlu dilakukan sebelum kesini? Cuci tangan dahulu dan pastikan ianya bersih.’” ujar Beckham lagi.


Link to full article

No comments:

Post a Comment