Nama Dato’ Siti Nurhaliza memang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan tanahair. Dikenali di seluruh rantau Asia Tenggara, beliau telah berjaya mencipta nama di persada seni sejak berumur 16 tahun lagi.
Dato’ Siti Nurhaliza, 32 tahun, telah berkahwin bersama Dato’ Khalid dan buat pertama kalinya dalam sejarah telah melancarkan sebuah album yang mengandungi 10 buah lagu Inggeris. Dibawah label What’s Up Entertainment milik Adib Khalid, mereka telah bekerjasama dengan produser dari Australia iaitu Bryan B.
Semenjak 16 tahun penglibatannya dalam dunia seni hiburan, Dato’ Siti telah menerima lebih dari 200 anugerah tempatan dan luar negara. Beliau juga telah menempa rekod sendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.
Apabila ditemui di Starhill Gallery sewaktu pelancaran album terbarunya, Dato’ Siti Nurhaliza berkata,
“Tajuk album “All Your Love” ini didedikasikan untuk semua peminat, kawan, keluarga dan semua orang yang telah menyokong saya selama ini. Sebabkan itu, saya mahu menunjukkan pada anda semua yang anda boleh berbangga dengan album inggeris pertama saya yang akan bersaing di peringkat antarabangsa.”
Pengasas What’s Up Entertainment, Adib Khalid yang juga anak kepada Dato’ Khalid turut berkata,
“Saya percaya ini adalah perkara yang biasa bagi Dato’ Siti Nurhaliza untuk maju selangkah lagi dalam fasa kerjayanya, dan fasa ini akan berjaya dengan penghasilan album inggeris pertamanya.
Kepada semua peminat-peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza dan juga yang baru mengenali beliau, anda boleh mendapatkan CD album “All Your Love” ini sekarang. Kami pasti anda akan terpikat dengan rentak dan aura baru yang ditampilkan dalam album ini. Cepat, RM29.90 sahaja di pasaran! Sokong industri muzik tanahair, elakkan cetak rompak!
Enjoy 22 gambar sekitar pelancaran album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment