Wednesday, September 28, 2011

Yuna Tersenarai Dalam Billboard.com, Cover Lagu Nirvana – Come As You Are!

Yuna sekali lagi mencipta nama dalam industri muzik tanahair apabila menjadi artis dari Malaysia yang diberi penghargaan di Billboard.com! Sebagai penyanyi yang bermula dari Youtube, Yuna kini berada dibawah Fader Label yang bertapak di New York dan kini sedang mencipta nama perlahan-lahan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Yuna Ditampilkan Dalam Laman Perez Hilton apabila dia telah menyanyikan semula lagu Come As You Are nyanyian asal kumpulan Nirvana.

“Seseorang perlu menghargai penyanyi yang boleh membawa lagu yang dinyanyikan dengan rentak gitar elektrik dan mengubahnya menjadi sesuatu yang lembut dan klasik. Penyanyi dan penulis lirik berwarganegara Malaysia, Yuna telah melakukannya dalam album elektro-pop cover, “Come As You Are,” lengkap dengan muzik video yang memukau peminatnya.” – dipetik dari Billboard.com

Kami turut berbangga dengan pencapaian Yuna yang tidak henti-henti dari dulu dan kami berharap agar ramai lagi artis dari Malaysia yang mampu mengikut jejak langkah Yuna.

Saksikan muzik video Come As You Are dari Yuna selepas ini!


Link to full article

No comments:

Post a Comment