Tuesday, September 27, 2011

Video : 9 Kumpulan Idol Wanita Dan Saijo Hideaki, Bergabung Nyanyikan Lagu YMCA!

Siapa yang tidak pernah dengar lagu YMCA? Lagu nyanyian asal Village Girls yang dicipta pada tahun 1978 ini telah dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Jepun, Saijo Hideaki.

Dia dijemput untuk mempersembahkan lagu ini pada 26 September lepas untuk rancangan ‘HEY! HEY! HEY! Music Champ’. Rancangan ini pernah menjemput Britney Spears,  Ayumi Hamasaki, Girls Generation dan banyak lagi selebriti lain yang popular.

Namun kali ini, Saijo Hideaki yang dijemput tidak berseorangan apabila ditemani bersama oleh 9 kumpulan wanita dari Jepun iaitu SKE48, Idoling!!!, Fairies, Momoiro Clover Z, NMB48, bump.y, 9nine, SUPER?GiRLS dan SDN48.

Anda saksikan sendiri video diatas dan sila teruja dengan kecomelan gadis-gadis dari Jepun ya. Enjoy!!!


Link to full article

No comments:

Post a Comment