Tuesday, September 27, 2011

Kumpulan Lagenda R.E.M Keluarkan Sebuah Album Sebelum Berpisah!

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan bergenre alternatif rock ini? R.E.M yang ditubuhkan pada tahun 1980 kini sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing setelah 31 tahun bersama. Dan pastinya 31 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek bagi mereka!

Kumpulan ini dianggotai oleh Michael Stipe (vokalis), Peter Buck (Guitaris), Mike Mills (Bass) dan Bill Berry (Pemain Drum). Pada era 90-an, kumpulan Nirvana turut menjadikan R.E.M sebagai contoh dan rujukan kepada lagu-lagu mereka.

Setelah menerbitkan 14 buah album bersama, kumpulan yang popular dengan lagu “Oh My Heart” ini akan melancarkan album terbaru mereka yang terakhir. Album yang bertajuk “Collapse Into Now” bakal menghimpunkan 40 buah lagu terbaik mereka termasuk 3 buah lagu terbaru.

Album R.E.M berada di bawah label Warner Bros. dan telah dijual lebih dari 85 juta salinan di seluruh dunia. Nantikan pula album terakhir mereka, “Collapse Into Now” yang pasti akan meninggalkan kenangan manis mereka kepada anda pada 14 November ini!

Saksikan video lagu “Oh My Heart” selepas ini!


Link to full article

No comments:

Post a Comment