Kecoh satu Malaysia apabila hos rancangan Kuali O Kuali, Danny X-Factor & Zaidatul Norfazleen Zakarian mengikatkan tali pernikahan mereka tanpa pengetahuan pihak media pada 16 September 2011 lepas. Bagaimanapun, Danny mempunyai alasannya tersendiri yang akan dijelaskan kepada umum melalui laporan penuh OHBULAN!, selepas ini.
“Setiap kali selebriti melangsungkan perkahwinan, bermacam-macam persepsi baik positif atau negatif yang akan timbul. Itu yang saya cuba elakkan kerana gusar dengan kata-kata yang mungkin tidak sedap didengar,” jelas Danny sebagai respon kepada pertanyaan pihak OHBULAN! mengenai isu pernikahan secara senyap.
“Pada saya, biar perkara wajib seperti nikah ini dijalankan secara senyap. Manakala, majlis resepsi nanti baru saya hebahkan kepada pihak media. Bukannya taknak kongsi kegembiraan, cuma saya inginkan keberkatan daripada doa-doa orang sempena pernikahan ini. Sebenarnya, kami pun tak sangka akan bernikah dalam masa 6 bulan selepas pertunangan. Tuhan sudah tetapkan jodoh kami, saya akur dengan kehendak-Nya,” tambah Danny yang ditemui di rumah terbuka Media Prima di Hotel Hilton KL, Jumaat lepas.
Danny turut menyatakan bahawa ramai pihak yang terkejut dengan berita yang diumumkan secara eksklusif di laman OHBULAN! melalui artikel Eksklusif Video : Danny X-Factor & Fazleen Kini Bergelar Suami Isteri, sekitar minggu lalu.
“Ramai terkejut dengan berita itu. Saya menerima ratusan panggilan daripada kenalan serta pihak media. Alhamdullilah, saya selamat berkahwin dan kini menjalani kehidupan baru.”
Apabila ditanyakan mengenai kehidupan selepas berkahwin, begini Danny membalas,”Disebabkan isteri masih bekerja dengan syarikat penerbangan swasta, jadual bekerjanya tidak tentu. Tapi, saya bahagia sangat apabila isteri dapat menyediakan hidangan sarapan pagi baru-baru ini. Pada saya, hidup berumahtangga ini kena give and take. Kalau dia sibuk, saya tolong buatkan kerja. Begitulah sebaliknya.”
Sambil tersenyum gembira, Danny menambah lagi, “Insyallah, kalau ada rezeki saya ingin menimang anak secepat mungkin.”
Link to full article
No comments:
Post a Comment