Tuesday, September 27, 2011

Video : Wonder Girls Juara Billboard Mashup Monday, Bawa Lagu “Nothin’ On You”!

Baru-baru ini,  Billboard telah mengumumkan satu lagi carta terbaru iaitu carta Mashup Monday. Program ini memberikan peluang kepada peminat untuk mengundi penyanyi yang menyanyikan semula lagu artis lain.

Dan yang menariknya, kumpulan Wonder Girls yang sememangnya sudah popular di seluruh dunia telah memenangi siri pertama Mashup Monday. Mereka berjaya menarik perhatian peminat dengan menyanyikan semula lagu B.o.B & Bruno Mars – Nothin’ On You.

Gabungan suara yang unik dan rapping dari Hyerim (Lim) telah berjaya mengalahkan Greyson Chance, James Blunt, Grace Potter, dan penyanyi lain. Wonder Girls sendiri berjaya mendapat 65% undi keseluruhan.

Saksikan muzik video Wonder Girls selepas ini!


Link to full article

No comments:

Post a Comment