Monday, September 26, 2011

Liyana Jasmay Bakal Keluarkan Baju Jenama Sendiri.

Pelakon Liyana Jasmay, 23 dijangka akan mengeluarkan rangkaian produk fesyen baju berjenama sendiri pada awal tahun depan. Berita ini telah disahihkan sendiri oleh Liyana Jasmay ketika ditemui di rumah terbuka Media Prima yang berlangsung di Hotel Hilton KL, Jumaat lepas.

“Saya akan ceburi bidang perniagaan baju tahun depan. Setakat ini, saya hanya akan mengeluarkan ‘tops’ berjenama Liyana Jasmay sahaja. Andai kata pelanggan suka produk Liyana Jasmay, saya akan keluarkan lebih banyak rekaan pakaian yang dikhaskan untuk perempuan. Manakala, rangkaian produk untuk lelaki pula masih dalam perancangan. Lagi pun ini adalah perniagaan, saya perlu membuat kajian pasaran terlebih dahulu,” ujar pelakon berbakat yang bercita-cita tinggi ini.

Berkenaan bidang lakonan, Liyana Jasmay mengakui bahawa beliau agak selektif dalam memilih drama atau filem kerana kekangan masa.

“Kareer lakonan merupakan perkara yang saya suka, tapi bidang pelajaran masih menjadi keutamaan. Itulah yang membuatkan saya agak selektif apabila menerima skrip dan jadual pengambaran daripada syarikat produksi. Apatah lagi, saya kini sibuk menyiarkan kertas kerja tahun akhir, memang pack habis masa,” jelas Liyana Jasmay yang kini merupakan pelajar Sunway University College dalam bidang Performing Arts & Media.

Tambah Liyana Jasmay lagi, “Saya akan muncul bertudung dalam telemovie baru berjudul ‘Tudung Tweet’ pada November depan di TV9. Ia berkisarkan kisah hidup seorang gadis yang terlampau obses dengan Twitter.”

Liyana JasmayLiyana JasmayLiyana JasmayLiyana Jasmay
Link to full article

No comments:

Post a Comment