Penerbitan album ini pernah dihimpit dengan kontroversi berhubungan dakwaan bahawa Siti Nurhaliza tidak membayar penulis lirik, Christian Alexender. Bagaimanapun, dakwaan itu itu telah dilabelkan sebagai fitnah dan ia dilihat sebagai taktik Christian Alexender untuk mendapat publisiti murahan. Ia tidak mematahkan semangat Siti Nurhaliza dan kini album tersebut telah dilancarkan untuk dimuat turun.
Peminat bintang no 1 negara sudah pasti teruja dengan pelancaran album pertama Siti Nurhaliza dalam bahasa Inggeris berjudul All Your Love. Keseluruhan album yang mengandungi 10 lagi ini boleh dimuat turun sejak 24 jam yang lepas dengan harga setiap lagu adalah $0.99.
Diterbitkan oleh What’s Up Entertainment, percubaan Siti Nurhaliza dalam album Inggeris ini dilihat sebagai langkah yang amat relevan dengan kehendak pasaran masa kini. Penggunaan rentak house dance dalam album ini turut menjadi pilihan selebriti bertaraf antarabangsa seperti JLO & Rihanna melalui lagu Hit On The Floor & Who’s That Chick.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I’ll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight for Love, Stand Up & Remember You duet bersama Sean Kingston.
Pastikan anda mempunyai kad kredit untuk mendapatkan album penuh atau single Siti Nurhaliza di laman CD Baby sekarang! Promo album selepas ini.
Link to full article
No comments:
Post a Comment