Monday, September 19, 2011

Eksklusif Video : Danny X-Factor & Fazleen Kini Bergelar Suami Isteri.

Pada tanggal 16 September bersempena hari Malaysia, pelakon & penyanyi Danny X-Factor telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari AirAsia, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10 di kediaman pengantin perempuan, Kampar, Perak.

“Alhamdullilah, sempena hari malaysia & 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zainatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya,” ujar Danny yang teruja menjadi seorang suami.

Leen turut bersyukur apabila dipertemukan jodoh bersama Danny. Menurut Leen, “Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang 6 bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny.”

Majlis resepsi kedua mempelai dijangka akan diadakan pada bulan Disember di Dewan Seri Endon.

Buat pembaca OHBULAN!, LHMediaTV (Like Us!) telah membawa secara eksklusif sebuah video sekitar majlis pernikahan Danny X-Factor & Leen.

Danny X-factor & Lin :: Solemnization from lhmediatv.

Danny XFactor KahwinDanny XFactor KahwinDanny XFactor KahwinDanny XFactor Kahwin


Link to full article

No comments:

Post a Comment