Pelakon filem bersiri Twilight ini nampaknya sudah mula mengesan bakat nyanyian yang terpendam dalam dirinya. Dia yang popular dengan watak Edward Cullen juga sebenarnya telah mencipta 2 soundtrack untuk filem pertamanya. Kini dia bercita-cita untuk menerbitkan album solonya yang pertama.
Robert Pattinson sudah lama menyimpan hasrat ini, namun disebabkan jadual lakonan yang ketat dan padat dia terpaksa menangguhkan hasratnya. Dikhabarkan album pertama Robert turut akan diberikan sentuhan dari Ray Lamontagne dan Van Morrison.
Dia juga baru sahaja menyiapkan beberapa lagu dan yang menariknya, muziknya akan dipenuhi dengan muzik asli seperti gitar dan drum atau organic-sounding dan bukannya pop.
Jangan terkejut pula ya peminat setia Robert, ini kerana bidang muzik adalah bidang yang memang diminatinya sebelum berlakon.
Harap-haraplah lagu Robert ni mampu memukau telinga kami nanti.
Link to full article
No comments:
Post a Comment