Thursday, September 22, 2011

Koleksi 10 Foto Izara Aishah Yang Superlicious.

Entah apa mimpi kami asyik update koleksi foto selebriti sejak pagi tadi. Kekeringan idea? Tepiskan sangkaan itu jauh-jauh ya. Sebenarnya, kami nak paparkan 8 keping foto Izara Aishah, finalis Dewi Remaja 2011 ini sebab dia cantik sangat!

Izara Aishah, 19 mengakui banyak menyertai sesi casting demi menjayakan cita-citanya sebagai seorang pelakon. Termasuk drama Soffiya, Izara sudah membintangi 9 drama termasuklah memegang watak utama dalam drama Keranamu Laila. Sebagai wajah baru, pelajar Sunway College dalam bidang Perfoming Arts ini juga pandai menyesuaikan diri beramah mesra dengan media.

Menurut Izara, watak Fiona dalam drama Soffiya amat mencabar kerana dia perlu menjadi seorang gadis kaya yang memberontak atas alasan konflik keluarga. Sikap pendendam yang dimiliki oleh Soffiya membuatkannya tidak puas hati terhadap hubungan Soffiya (lakonan Tiz Zaqyah) dan bapanya. Fiona cuba bermacam cara untuk memisahkan hubungan mereka berdua.

Info: Drama Soffiya lakonan Tiz Zaqyah & Fizo Omar telah keudara mulai 21 September. Sebanyak 28 siri akan dipertayangkan pada setiap hari Selasa-Khamis menerusi Slot Akasia, pada jam 7 petang, di TV3.

Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!Gambar Izara Aishah Superlicious!
Link to full article

No comments:

Post a Comment