Monday, September 12, 2011

Konsert ASAP Percuma Tampilkan Liyana Jasmay & IZ OIAM, Malam Ini.

Sebuah konsert mini anjuran ASAP dengan kerjasama Yayasan 1MDB akan berlangsung petang ini di Inti College, Subang menampilkan pelakon serta penyanyi popular tanah air, iaitu Liyana Jasmay & Iz OIAM. Konsert yang bermula pada 6 petang ini akan dibuka secara percuma bagi memudahkan pengunjung memberi sokongan padu kepada kempen anti-merokok yang sedang dijalankan.

Menurut Iz, “There will be a short of the short film CINTA AKHIR and I will also be performing theme song for the short film LIVE besok also called, ‘ Cinta Akhir ‘ which is also my new upcoming Malay single.”

Konsert mini ini turut menampilkan selebriti seperti Serene Cheam dan Vic Teo yang sudah semestinya menarik lebih ramai pengunjung berbilang bangsa, sekaligus menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysia.

Ayuh, ringankan kaki anda memberikan sokongan kepada kempen anti-merokok, dibawa khas oleh ASAP.


Link to full article

No comments:

Post a Comment