“Terharu menyaksikan produk pertama saya, iaitu filem Libas apabila ia dipancarkan pada skrin pawagam,” demikian kata pengarah Jurey Rosli, kepada pihak media ketika sidang media filem Libas yang berlangsung di Wangsa Walk, malam tadi.
“Kami mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan filem ini kerana ia melibatkan penggunaan CGI untuk memberikan lebih impak kepada penonton. Pada mulanya, skrip filem ini hanya mengandungi 10% CGI. Atas nasihat krew, kami olahkan semula agar filem ini lebih menarik dengan adegan-adegan CGI yang penuh dramatik, ” tambah Jurey Rosli yang bekerjasama dengan syarikat produksi MDAG.
Filem Libas yang akan ditayangkan pada 29 September 2011 ini turut didokong dengan penampilan selebriti popular seperti Rosyam Nor, Scha Al Yahya & Johan Raja Lawak. Filem ini secara keseluruhannya dinobatkan sebagai ‘wajib tonton’ kerana plot ceritanya penuh dengan adegan saspen dan tidak dijangka.
Jurey Rosli berkata, “Walaupun ini kali pertama mengarah, saya tak mahu hampakan penonton dengan penayangan cerita yang statik. Oleh sebab itu saya tampilkan Libas untuk memberikan pengalaman yang berbeza buat penonton.”
“Orang kata saya tiru filem Shaolin Soccer. Mungkin, secara kebetulan konsep filem kami mempunyai persamaan. Sebaliknya, filem Libas ini memberikan penekanan kepada sukan sepak takraw yang kurang mendapat perhatian daripada remaja masa kini. Kalau boleh, saya harap filem Libas akan memberikan inspirasi kepada penonton. Semoga anak remaja kurang merempit dan lebih banyak bermain sepak takraw,” ujar pengarah muda ini.
Rating OHBULAN!
OHBULAN! secara puratanya memberikan rating 8/10 kepada filem Libas. Syabas buat team produksi!
Link to full article
No comments:
Post a Comment