Berdasarkan laporan TheStar, penyanyi Marsha Milan Londoh masih berada dalam pemerhatian sementara syarikat pihak pengurusan menafikan pembabitannya dalam cubaan bunuh diri ekoran kegagalan percintaan.
“Selepas menjalani rawatan, Marsha menunjukkan tanda pemulihan yang baik. Dia boleh makan dan bercakap seperti biasa,” menurut satu kenyataan kepada pihak akhbar.
“Setakat ini, dia masih berada dalam pemerhatian. Kesemua aktiviti seni dihentikan buat seketika. Marsha akan bekerja semula sebaik sahaja keadaannya sihat dan mendapat kebenaran pihak doktor.”
Pada 7 September 2011, bekas finalis Akademi Fantsia yang berusia 26 tahun ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila dia didapati pengsan di kawasan parkir rumah. Marsha dibenarkan keluar 2 hari kemudian.
“Pada tarikh berkenaan, Marsha dikatakan demam dan mengambil ubat- ubatan. Dalam perjalanan pulang, Marsha yang ketika itu keseorangan mengalami kemalangan kecil apabila keretanya melanggar tembok jalan,” menurut satu sumber tidak rasmi.
“Setelah sampai di destinasi, ekoran daripada kesan ubat & trauma kemalangan, Marsha yang ketika itu menaiki tangga telah hilang kawalan lantas jatuh menyebabkan kecederaan di bahagian dahi, mata & bibir.”
Link to full article
No comments:
Post a Comment