Friday, September 16, 2011

Saturday Spotlight: Demascus Terbit Video Klip Dengan Kos RM600 Sahaja!

Mereka adalah sebuah kumpulan muzik yang tampil dengan konsep yang berbeza. Merupakan bekas pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya ,telah muncul dan membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Demascus. Walaupun datang dari latar belakang dan citarasa muzik yang berbeza, mereka telah bersatu atas nama kumpulan pop.

Demascus yang dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Miff, Huzaifah, Iki, Amal dan Edry. Masing-masing mempunyai pelbagai latar belakang muzik yang berlainan. Miff adalah penyanyi RnB/Soul, Huzaifah cenderung kepada Country/Jazz, Iki pula ialah bekas  pop superstar di kampus, Edry bergiat aktif dalam hiphop underground, manakala Amal penyanyi bersuara pop/rock. Mereka bersatu tenaga dalam menghasilkan karya muzik dan membuat persembahan di atas pentas. Inilah yang menjadikan mereka sangat berbeza dan unik.

Demascus juga terkenal dengan idea dan karya segar dalam menyampaikan mesej yang positif beserta dengan persembahan yang bertenaga di atas pentas.4 tahun bekerja keras, kini mereka tampil dengan sebuah album penuh bertajuk “Kita Berbeza”.

Album Kita Berbeza yang telah mula dipasarkan sejak awal September lalu, memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah  KITA BERBEZA, MENGEJAR SEMPURNA (feat. Ikram Mirwana), HADIRMU, MASIH BELUM BERAKHIR,  SELAMANYA dan HADIRMU(versi piano). Album Kita Berbeza telah mendapat sentuhan komposer dan music arranger yang hebat ,antaranya ialah AG COCO, Akmal Mirwana, JAYJAY, Belle Fattah,Firdaus Mahmud .

Keseluruhannya, lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini memberi kesegaran dan mempunyai mesej yang tersirat melalui lirik-lirik lagu yang disampaikan. Album Demascus ini diterbitkan oleh Demascus Production, di bawah pengurusan artis Arteffects International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik komposer muda dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Klip video single pertama mereka, KITA BERBEZA KINI boleh di lihat di laman youtube .Klip video KITA BERBEZA diterbitkan dan dihasilkan sendiri oleh DEMASCUS dengan bantuan beberapa orang kawan mereka. Dengan hanya kos sebanyak RM600, mereka berjaya merakamkan klip video tersebut selama sehari sahaja di 7 lokasi yang berbeza.

Segala perkembangan dan info terkini Demascus boleh diikuti di laman sesawang www.thedemascus.com , Facebook Demascus dan Twitter Demascus. Untuk tempahan album, emailkan ke admin@thedemascus.com.


Link to full article

No comments:

Post a Comment