Tuesday, September 13, 2011

SISTAR Kalahkan G.NA Dalam Anugerah SBS “Inkigayo (The Music Trend)”!

“Inkigayo” atau dalam bahasa Inggerisnya, “The Music Trend” adalah sebuah rancangan terbitan SBS Channel yang memaparkan 7 artis terbaik dari Korea Selatan setiap minggu. Rancangan ini yang ditayangkan setiap hari Ahad akan memaparkan artis atau kumpulan “rookie” terbaru setiap minggu dan pemenangnya akan diumumkan sebagai “Super Rookie” pada penghujung bulan. Bagi kami, rancangan Inkigayo ini adalah seperti rancangan Muzik-Muzik yang ditayangkan setiap hari Sabtu itu.

Baru-baru ini, kumpulan baru bernama SISTAR telah berjaya memenangi carta minggu lepas apabila mengalahkan 6 lagi calon iaitu SISTAR (“So Cool“), Davichi (“Dont Say Goodbye”) INFINITE (“Be Mine Remix”), Dal Shabet (“Bling Bling“), Nine Muses (“Figaro”), G.NA (“Top Girl“), dan CS Numbers (“Crying With My Heart“).

SISTAR adalah kumpulan perempuan yang ditubuhkan pada tahun 2010 di Korea Selatan dan ahlinya termasuklah Hyorin, Bora, Soyou, dan Dasom. Para peminat kumpulan SISTAR dipanggil “STAR1′s” dan ahli kumpulan SISTAR berada dalam lingkungan 18 sehingga 21 tahun. Muda dan menarik bagi kami! Apa-apapun layankan video persembahan mereka selepas ini! Terbaik dan bertenaga!


Link to full article

No comments:

Post a Comment