Masih belum terlambat lagi untuk mendengar lagu raya kan? Sekarang pun baru masuk raya ke – 16 kalau tak silap kami. Dari dulu lagi memang kami suka dengar lagu raya, tapi jarang artis sekarang dapat menyaingi kehebatan lagu raya zaman dahulu. Lagu seperti “Dari Jauh Kupohon Maaf – Sudirman” dan “Suasana Hari Raya – Anuar & Ellina” pastinya sudah biasa didengar di telinga kita.
Sehari sebelum raya, ada pihak televisyen swasta telah mengeluarkan lagu raya dari artis rancangan tv mereka dan setelah mendengar kesemua lagu yang dirakamkan, kami mengambil kata putus bahawa lagu nyanyian Hazama, Adira & Dina bertajuk Hari Yang Ku Nanti adalah lagu yang bakal menyaingi produk dari zaman Sudirman dan P.Ramlee.
Lagu ini mempunyai unsur-unsur yang meriah dan mengimbau kembali kenangan di samping urutan muzik dan lirik yang menarik. Lirik yang mempunyai maksud mendalam turut menyelitkan unsur-unsur nasihat. Ditambah lagi dengan vokal Hazama, juara AF9 dan juga naib juara AF8, Adira memang sangat menarik untuk dihayati.
Jadi, raya tahun depan bolehlah anda semua pasang lagu ini untuk balik ke kampung ya. Layankan MV Hari Yang Ku Nanti selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment