Ingat lagi tak sebelum ini kami pernah menulis mengenai Video : Apa Yang Anda Suka Mengenai Malaysia? Pertandingan video “Saya Suka Malaysia” anjuran Petronas dengan kerjasama Zenith Media telah disertai lebih 300 penyertaan dari seluruh Malaysia.
Selebriti-selebriti seperti Cheryl Samad, Indi Nadarajah, dan K K Wong turut turun padang dan menemubual rakyat Malaysia mengenai perasaan dan apa yang mereka suka mengenai Malaysia.
Ketika menghadiri sidang media pengumuman pemenang video “Saya Suka Malaysia” di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) baru-baru ini, Senior General Manager Of Group Corporation Affairs Division, Encik Mohammad Medan Abdullah berkata,
“Pertandingan ini dianjurkan untuk meraikan semangat Merdeka dan berkongsi bersama rakyat Malaysia. Petronas percaya dengan inovasi berterusan dan ini terbukti dengan pertandingan “Saya Suka Malaysia” apabila Facebook rasmi Petronas telah mencecah 1 juta pageviews dan telah menyentuh hati lebih 7.5 juta rakyat Malaysia melalui media sosial.”
Turut terlibat dalam video “Saya Suka Malaysia” adalah pencipta lagu “Saya Anak Malaysia”, dR Sam yang lagunya telah digunakan untuk program ini.
Pemenang-pemenang pertandingan video “Saya Suka Malaysia” masing-masih telah dihadiahkan dengan wang tunai berjumlah RM5,000 setiap seorang dan Petronas turut menyumbangkan dana kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih untuk menyemarakkan lagi sambutan merdeka pada tahun ini.
Untuk melihat video menyentuh hati yang telah dihantar oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia, sila lawat Facebook “Saya Suka Malaysia” dan tekan pada tab “Saya Suka Malaysia sekarang!
Link to full article
No comments:
Post a Comment