Wednesday, September 21, 2011

Album Nirvana, Nevermind Dipasarkan Semula Dalam Edisi Super Deluxe.

Peminat genre grunge sudah pasti menjerit kegilaan apabila album Nirvana berjudul Nevermind akan dipasarkan semula dalam versi Super Deluxe Edition sempena ulang tahun ke-20 penerbitan album ini.

Nevermind Super Deluxe Edition akan memuatkan 4 keping CD dan 1 DVD selain turut melayakkan peminat tegar Nirvana mendapat sehelai t-shirt eksklusif kumpulan lagenda ini. Fuh, ia pasti menjadi satu koleksi yang tidak ternilai buat peminat Nirvana.

Apa yang menarik, album ini memuatkan beberapa ‘unseen cut’ seperti rakaman konsert yang tidak pernah ditayangkan, penampilan Nirvana di BBC Radio, rakaman Live serta lagu remix.

Nirvana, yang diketuai oleh vokalis Kurt Cobain pernah mengegarkan dunia muzik dengan lagu hit mereka seperti Smells Like Teen Spirit dan Lithium. Kehebatan Nirvana memang tak boleh disangkalkan lagi apabila album Nevermind pernah menduduki tempat pertama dalam carta Billboard satu ketika dahulu.

Penyanyi Yuna, turut membuat remix lagu Come As You Are sebagai tribute kepada Nirvana. Rakaman yang dimuatkan 2 bulan lalu menerima sejumlah 282000 viewers sehingga hari ini.


Link to full article

No comments:

Post a Comment