Kadang-kadang, kita tak perlu taksub dengan teknik CGI. Kalau diberikan penekanan yang penuh kepada jalan cerita, filem Libas berjaya membangkitkan ‘wow effect‘ kepada kami. Walaupun filem ini merupakan garapan pertama pengarah Jurey Rosli, pujian harus diberikan kepadanya kerana susunan cerita ‘tidak membuatkan penonton tertanya-tanya’.
Setiap babak disampaikan dalam bentuk suspen, membuatkan penonton ternanti-nanti akan ‘apakah yang akan jadi seterusnya’. Pujian juga perlu diberikan kepada elemen humor yang dipaparkan. Jujur kata, ia tidak membuat penonton terasa seperti diperbodohkan. OHBULAN! jamin, ada beberapa punchline yang akan menjadi ikutan orang ramai sebaik sahaja filem ini dipertontonkan pada 29 September 2011 nanti.
Lakonan Rosyam Nor tak perlu diragui lagi. Walaupun ramai pihak pernah mengelarkannya sebagai hero tua, watak Rosyam Nor sebagai Adnan Saladin tampak bertenaga, ada umph! Emosi cinta, marah & sedih dilakonkan Rosyam Nor dengan jayanya. Watak pelakon pembantu antagonis Zek Zamri sebagai Ak Nangkhon wajar diberi perhatian. Dalam benak hati kami, pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah, andai kata kena dengan gaya.
Kekuatan storyline membuatkan kami tidak endahkan CGI. Ketika di bahagian introduction, kami pun terkedu melihat teknik CGI yang tidak kemas. Ya, tidak adil pula nak jatuhkan hukuman tanpa melihat keseluruhan filem.
Seperti yang diperkatakan oleh Jurey Rosli, mereka menghabiskan masa 2 tahun untuk menyiapkan filem ini kerana efek CGI. Apa yang mereka usahakan perlu diberikan ‘two thumbs up’. Secara keseluruhannya, efek CGI filem Libas berada di tahap baik. Efek libasan bola takraw kemas, tidak seperti sangkaan kami seperti di awal cerita.
Penonton juga perlu berikan perhatian terhadap situasi sekeliling sepanjang filem ini ditayangkan. Anda akan menyaksikan negara Amerika berlawan dengan Iraq, satu sentimen dimana sang pengarah cuba mengingatkan kita akan masalah politik yang melanda kedua-dua negara ini.
Secara keseluruhan, OHBULAN! menganugerahkan poin 8.5/10 kepada filem Libas. Terbaik bro!
Link to full article
No comments:
Post a Comment