Sebentar tadi kami mengikuti perkembangan ‘twitter’ antara Yuna dan ‘fans’nya yang tercetus ekoran daripada kontroversi berkenaan AIM 18 ketika di sesi sidang media, semalam. Dikhabarkan banyak isu yang telah disentuh seperti album Hujan tidak diterima untuk bertanding bagi kategori Album Terbaik AIM 18 kerana kehadiran Hang Dimas yang berwarganegara Indonesia.
Tidak terkecuali juga kepada penyanyi lagu “Dan Sebenarnya” ini yang turut terkena tempias kontroversi AIM 18, seorang peminat Yuna telah menghantar ‘tweet’ kepada-nya,
Serentak itu, Yuna menjawab dengan pantas bahawa dia tidak pernah membuat kenyataan bahawa dia menukar kewarganegaraan. Dia yang baru sahaja selesai membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas selama 2 hari berakhir kelmarin turut berasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh peminatnya.
Bagi para peminat yang keliru dengan status Yuna sekarang, kami difahamkan Yuna tidak pernah menukar warganegara. Dia masih lagi seorang warganegara Malaysia dan telah diberikan visa untuk meneruskan kariernya di luar negara.
Sedikit info, lagu Yuna iaitu, ‘Penakut’ & ‘Gelora Jiwa’ telah disenaraikan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan juga kategori Kulit Album Terbaik rekaan Zel Atif – Decorate (Yuna).
Link to full article
No comments:
Post a Comment