Wednesday, September 14, 2011

Eksklusif : Isu Kolagen Buat Pian Cecupak Terasa Seperti Diaibkan.

“Dah dah lah cerita ni aku berkata benar kerana janji aku pada Allah. Ni  ada statement menjatuhkan Pian. Baca dan fikir apakah sebenarnya mereka nak pada kita? Hamba Allah ni terus menerus aibkan aku. Aku dah cakap aku silap, kenape tak beri peluang aku berubah? Aku dah tak gunakan kolagen malah aku membuangnya,” demikianlah luahan hati Pian Cecupak yang memberikan respon terhadap sebuah gosip yang dipaparkan dalam sebuah web gosip, baru-baru ini.

Pian Cecupak turut memuat naik sekeping gambar sebagai bukti bahawa dia telah membuang kolagen, sekaligus menafikan sebarang spekulasi yang tercetus di laman gosip berkenaan.

“Ini bukti aku buang kolagen,” kata Pian Cecupak di laman Facebooknya.

Tambah Pian lagi, “aku bercakap perkara benar. Sepatutnya pihak berkenaan bertanya kepada Pian, tak perlu buat andaian yang bukan-bukan. Terima kasih kepada pihak itu kerana mengaibkan aku lagi.

“Sekarang, aku tunjukkan kebenaran. Manakala, pihak itu tidak jumpa aku pun, main tulis suka hati buat andaian. Dan, aku maafkan kamu, tapi hanya Allah yang akan mengadili kalian apabila tiba masanya.”


Link to full article

No comments:

Post a Comment