Mungkin ramai yang tidak mengenali Criss Angel, 43, dan pasti sedang tertanya-tanya mengenainya. Criss Angel adalah seorang ahli silap mata, penyanyi, penulis lirik, dan juga pelakon. Dia yang berketurunan Greek – Amerika terkenal kerana aksi-aksi menakjubkan ketika melakukan silap mata
Baru-baru ini, dia dikhabarkan sudah bertunang bersama wanita bernama Sandra Gonzales ketika percutian mereka di Mexico pada 7 September lepas.
Criss Angel yang mempunyai kekayaan mencecah USD 17 juta telah menghadiahkan cincin pertunangan bernilai hampir USD300,000 yang direka oleh Leayne Kaye. Ketika melamar Sandra, Criss telah membuat kejutan dengan merancang persembahan bunga api di hadapan villa peribadi mereka. Sangat romantik gitu!
Tarikh untuk majlis perkahwinan masih belum ditetapkan, tapi kami pasti majlis mereka akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan Criss Angel yang majoritinya ahli silap mata.
Apa-apa pun, layankan video silap mata terbaik Criss Angel selepas ini!
Link to full article
No comments:
Post a Comment