Filem terbaru arahan Ismail Bob Hasim yang juga pengarah filem box-office, “Ngangkung” bakal menemui anda di pawagam pada 3 November ini. Filem bergenre komedi seram ini akan menggandingkan Angah & Along Raja Lawak.
Kisah bermula apabila Pak Umar pergi berjumpa bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiapnya mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah dan dada kirinya dicop barkod oleh bomoh.
Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka lantas diberikan toyol itu sebagai hadiah.
Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya.
Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Kami pasti gelagat mereka berdua yang spontan dan bersahaja nanti akan menghiburkan para penonton dan peminat di seluruh tanah air.
Cukup setakat disini, layankan trailer “Alamak Toyol” yang mencuit hati selepas ini dan jangan lepaskan peluang anda pada 3 November ini ya!
Link to full article
No comments:
Post a Comment